Ad Code

RUANGAN UNTUK DISEWA - 01162099363

EMCEE ADAM - EMCEE MAJLIS KAHWIN - 01162099363


EMCEE ADAM - EMCEE MAJLIS KAHWIN

Pengacara Majlis (Emcee) adalah satu sosok tubuh yang sangat penting dalam mengemudi perjalanan sesebuah majlis. Bagaikan sang pencerita yang mengatur kalam, disampaikan dengan penuh lembut dan manis tutur bicaranya. Semua mata pastinya akan tertumpu kepada Emcee. Dan sekiranya tiada ucapan alu-aluan daripada pihak keluarga, maka Emcee boleh dikatakan sebagai wakil kepada tuan rumah.

Pada sisi lainnya pula, Emcee menjadi sebahagian pasukan yang bekerja dalam menjayakan sesebuah majlis perkahwinan. Apa yang disediakan akan disampaikan kepada tetamu yang hadir, seperti senarai menu, photobooth, mempersilan wakil keluarga membaca doa, menjemput band iringan membuat persembahan dan sebagainya.

Dan paling penting pada skrip yang digunakan akan memaklumkan perjalanan aturcara majlis seperti ketibaan pengantin, acara salam restu / memotong kek, mahupun peringatan mesra bahawa majlis akan berakhir. Supaya tetamu tidak tertanya-tanya apakah agenda majlis yang berikutnya. Dan paling penting bagi tetamu yang belum bergambar, dapat menggunakan ruang masa yang ada, merakamkan gambar kenangan bersama pengantin baru.




Emcee juga perlu kreatif dan bersedia dengan perubahan. Emcee perlu bijak memainkan peranannya supaya majlis masih boleh berjalan dengan baik dan lancar, sekalipun ada perubahan yang tidak dapat dielakkan.

Jadi kepada anda yang sedang mencari Emcee bagi Perkahwinan anda atau anak anda kelak, hubungi Emcee Adam melalui talian 011-62099363 untuk pertanyaan tarikh dan pakej yang ditawarkan.
Emcee yang sangat profesional, mempunyai intonasi suara yang baik dan sebutan yang jelas, serta skrip yang digunakan boleh diselitkan dengan pantun dan kata-kata puitis. Berpengalaman mengendalikan majlis dihadiri kerabat diraja, menteri dan orang kenamaan.

"Majlis Anda Keutamaan Kami"

Emcee Adam 01162099363






Catat Ulasan

0 Ulasan

PROMISI 2024

PROMOSI EMCEE KAHWIN