Menghidupkan Majlis Anda Dengan Penuh Gaya & Karisma

Pengacara majlis profesional untuk majlis perkahwinan yang tertib dan teratur, acara korporat yang berprotokol dan eksklusif, serta sebarang majlis dan acara yang diadakan secara formal atau semi formal. Lengkap dengan Coordinator yang berpengalaman dan peralatan PA System yang berkualiti.

Tentang Emcee Adam

Bukan sekadar memegang mikrofon, tetapi memastikan majlis anda lebih hidup dan diingati.

Lebih Daripada Pengacara, Saya Adalah Rakan Pengemudi Majlis Anda

Setiap majlis besar mempunyai jiwa dan cerita tersendiri. Sebagai pengacara anda, misi utama saya bukan sekadar membaca skrip di atas pentas, tetapi memastikan emosi tetamu terpaut, protokol berjalan lancar tanpa sebarang cacat cela, dan pihak penganjur dapat menarik nafas lega.

Dengan pengalaman mengendalikan pelbagai skala acara—daripada resepsi perkahwinan eksklusif yang penuh emosi romantis sehinggalah malam gala korporat yang penuh ketegasan VVIP—saya membawakan kombinasi tenaga bersahaja, suara berwibawa, serta kawalan masa yang ampuh.

Intonasi Suara Penuh Kelembutan
Pakar Urus Majlis Berprotokol
Kawalan Suasana Interaktif
Tenang Mengendalikan Majlis

Jangan biarkan majlis impian anda menjadi kaku atau hambar. Biar saya bantu jadikan hari istimewa anda sebuah momen magis yang dihujani pujian daripada semua tetamu yang hadir.

Runding Bersama Emcee Adam
Emcee Profesional

Servis Ditawarkan

Pilihan pengacaraan untuk pelbagai jenis skala acara.

Majlis Perkahwinan

Menyerikan hari bahagia anda dengan pengacaraan yang romantis, ceria, dan lancar dari mula hingga akhir.

Acara Korporat

Gaya penyampaian korporat yang berwibawa, profesional, dan menepati protokol majlis rasmi syarikat.

Voice Over

Suara latar yang memukau dan menghidupkan malam anugerah atau persembahan pentas.

Pilihan Pakej Majlis

Pakej fleksibel yang dirangka khas untuk keselesaan dan kelancaran acara anda.

EMCEE / HOST

Fokus kepada pengacaraan pentas dan interaksi bersama tetamu.

  • Emcee Berbahasa Melayu Profesional
  • Bimbingan Atur Cara Majlis
  • Kawalan Masa & Suasana Majlis
  • Termasuk Sesi Meetup & Rehearsal
  • Bacaan Doa Turut dDsediakan
  • Tidak Termasuk Event Coordinator
  • Tidak Termasuk PA System
Pilih Pakej Ini

EMCEE + COORDINATOR + PA SYSTEM

Pakej lengkap All-In-One tanpa perlu pening kepala mencari vendor lain.

  • Emcee Berbahasa Melayu Profesional
  • Koordinator Majlis Berpengalaman
  • Set PA System Berkualiti Tinggi & Soundman
  • Wireless Mic & Powered Speaker
  • Termasuk Sesi Meetup & Rehearsal
  • Bacaan Doa Turut Disediakan
  • Ketenangan Penuh (Hadir & Majlis Terus Lancar)
Pilih Pakej Ini

Pilihan Audio Visual

Pakej fleksibel yang dirangka khas untuk keselesaan dan kelancaran acara anda.

SMART TV

Paparan lebih jelas dengan kualiti UHD 4K untuk pembentangan, mesyuarat mahupun majlis perkahwinan.

  • Smart TV 55 Inch
  • HDMI Cables 10 Meter
  • TV Stand (Movabale)
  • Tayangan Video / Slide
  • Penghantaran & Pemasangan
Pilih Pakej Ini

LED TV

Pelbagai saiz LED TV untuk kegunaan pelbagai jenis majlis dan acara.

  • LED TV 40 - 50 Inch
  • HDMI Cables 10 Meter
  • TV Stand (Movabale)
  • Tayangan Video / Slide
  • Penghantaran & Pemasangan
Pilih Pakej Ini

Perkongsian Blog

Artikel, petua, dan pengalaman seputar dunia pengacaraan majlis.

Pantun Melayu Malaysia Dalam Adat Merisik

Sabtu, Februari 13, 2021




Pantun merisik ini diawali oleh pihak keluarga lelaki yang kemudian akan dibalas oleh pihak keluarga perempuan yang menanyakan maksud kedatangan keluarga lelaki.


Pihak Lelaki:

Sudah lama langsatnya condong
Barulah kini batangnya rebah
Sudah lama niat dikandung
Baru sekarang diizinkan Allah

Dari Pauh singgah Permatang
Singgah merapat papan kemudi
Dari jauh saya datang
Karena tuan yang baik budi

Kalau gugur buah setandan
Sampai ke tanah baru tergolek
Kami bersyukur kepada Tuhan
Datang kami disambut baik

Berapa tinggi pucuk pisang
Tinggi lagi asap api
Berapa tinggi Gunung Ledang
Tinggi lagi harapan hati

Kabung enau tebang satu
Tebang sekali dengan sigainya
Tinggi gunung tinggi lagi harapanku
Harapan dalam tutur katanya

Besar api Teluk Gadung
Anak buaya mengonggong bangkai
Niat hati nak peluk gunung
Apakan daya tangan tak sampai

Sudah lama langsatnya condong
Dahannya rebah ke ampaian
Sudah lama niat dikandung
Baru sekarang disampaikan


Setelah pihak lelaki selesai melantunkan pantun yang mengungkapkan maksud hati mereka, maka pihak perempuan akan membalasnya.


Pihak Perempuan:

Perahu kolek ke hilir tanjung
Sarat bermuat tali temali
Salam tersusun sirih junjung
Apa hajat sampai kemari?

Malam-malam pasang pelita
Pelita dipasang atas peti
Kalau sudah bagai dikata
Sila terangkan hajat di hati

Tidak pernah rotan merentang
Kayu cendana dijilat api
Tidak pernah tuan bertandang
Tentu ada maksud di hati

Tumbuk lada di atas para
Ada kasut simpan di hati
Tepuk dada tanya selera
Apa maksud di dalam hati


Kemudian, pihak lelaki akan membalas pantun tersebut dengan lantunan pantun yang menyiratkan kehendak untuk ”memetik bunga di taman”.


Pihak Lelaki:

Daun raya di atas bukit
Tempat raja menanam pala
Harap kami bukan sedikit
Sebanyak rambut di atas kepala

Sudah lama kami ke tasik
Tali perahu terap belaka
Sudah lama kami merisik
Baru kini bertatap muka

Tinggi-tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Sekian lama kami mencari
Baru sekarang kami mendapat

Raja Hindu raja di Sailan
Singgah berenang di persiraman
Bagai pungguk rindukan bulan
Kumbang merindu bunga di taman

Cendrawasih burung yang sakti
Singgah hinggap di atas karang
Kasih berputik di dalam hati
Dari dahulu sampai sekarang

Singgah berenang di persiraman
Mayang terendam di dalam tasik
Kumbang merindu bunga di taman
Bintang merindu cendrawasih

Dalam adat Melayu, pihak perempuan biasanya tidak langsung menjawab apa yang menjadi kehendak pihak lelaki. Sesudah berpantun wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan, dan jika pihak gadis bersetuju barulah mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan.
Cincin Belah Rotan


Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi ketika ini, kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu. Justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.




Kembali ke Utama

Maklum Balas & WhatsApp Klien

Bukti kepuasan klien sebenar yang dihantar terus melalui WhatsApp.

Hubungi Emcee Adam

Semak kekosongan tarikh majlis anda hari ini.

Jom Berbincang

Ada sebarang pertanyaan mengenai pakej atau ingin menyemak ketersediaan jadual? Hubungi saya segera melalui saluran di bawah.

+60 11-6209 9363 (Klik WhatsApp)
Kawasan bersedia bergerak ke lokasi anda (willing to travel).
Tiada caj pengangkutan bagi sekitar kawasan Lembah Klang.