Ad Code

RUANGAN UNTUK DISEWA - 01162099363

3 PERKARA YANG PERLU DITITIKBERATKAN DAN DIPERTIMBANGKAN SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN MEMILIH PENGACARA MAJLIS (EMCEE) UNTUK MAJLIS ANDA




3 Perkara Yang Perlu Dititikberatkan Dan Dipertimbangkan Sebelum Memilih Pengacara Majlis (Emcee) Untuk Majlis Anda.


Merancang sesuatu majlis, sebahagian orang hanya menumpukan kepada aspek makanan, tempat dan dekorasi sahaja. Walau bagaimanapun, jangan lupa bahawa pengalaman tetamu sepanjang majlis anda adalah perkara yang paling mereka ingat sampai bila-bila! 


Jika ada satu perbelanjaan yang anda tidak patut berhemat, ia adalah mengupah seorang Pengacara Majlis yang Profesional. Seorang Emcee yang cukup berpengalaman mengendalikan sesuatu majlis dan bijak menyusun kata dan mengatur bicara. Memilih Pengacara Majlis yang betul bukan sahaja dalam konteka memastikan segala-galanya mengikut jadual atau aturcara yang ditetapkan, tetapi para tetamu terutama keluarga anda merasakan seronok dan mudah memahami serta mengikuti perjalanan majlis anda dari permulaan hingga ke akhirnya.


 





Berikut adalah beberapa tips yang sangat penting yang perlu diberi perhatian semasa melantik seseorang Pengacara Majlis : 


1. Seorang Yang Petah Berbicara dan Tidak Syok Sendiri


Anda tidak mahu mempunyai seorang Pengacara Majlis yang menggumam sendiri di atas pentas. Sebaliknya, Pengacara Majlis anda haruslah seorang komunikator yang berkesan. Seseorang yang mampu menonjolkan kualiti lontaran dan intonasi suaranya, mengekalkan hubungan mata dan melibatkan diri dengan khalayak para tetamu anda. 


Dan, sudah tentu, mereka harus terdengar bersemangat untuk mengekalkan tenaga dan mood majlis sehingga ke penghujung majlis! 


2. Dapatkan Seseorang Yang Memahami Situasi Sekeliling


Tiada apa-apa yang menarik perhatian para tetamu kepada yang lebih baik kecuali tutur bicara yang sopan dan mesra di pendengaran serta boleh menyelitkan senda gurau yang baik. Pengacara Majlis bukan penceramah motivasi atau pemidato; mereka harus tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan para tetamu dan juga tahu bagaimana memberikan respond kepada gerak tubuh tetamu yang hadir.


Jadi, anda bukan ingin mencari seorang pemidato tetapi mencari seorang jurucakap yang boleh mengambil peluang untuk berkomunikasi secara efektif dengan skrip yang sangat menarik. 


3. Bersedia Dengan Segala Kemungkinan


Dalam apa juga keadaan, kita harus sedar dan faham, ada ketikanya perkara tidak berjalan dengan lancar seperti yang kita kehendaki. Kadang-kala kita lambat bersiap, terhalang dengan kesesakan lalu lintas atau gangguan pada aspek teknikal yang lain. 


Maka seorang Pengacara Majlis harus lebih bersedia untuk apa sahaja dan segala-galanya. Pengacara Majlis anda harus mempunyai pemahaman yang jelas tentang aturcara yang dirancang dan jadual perjalanan, supaya mereka bersedia untuk memastikan setiap acara berjalan dengan baik walau pun berdepan dengan sedikit gangguan dan kekangan.

Ya, akan ada saat apabila seseorang Pengacara Majlis perlu membuat improvisasi berdasarkan keadaan-keadaan tertentu. Pengacara Majlis tidak akan mengubah atau melangkau acara tertentu dalam majlis anda, tetapi mereka perlu peka dengan keadaan semasa dan perlu disuaipadankan supaya majlis tidak kelihatan kekok.









Itulah tiga perkara yang boleh diberi perhatian oleh anda jika ingin mencari seorang Pengacara Majlis. Ya, sudah pasti pengalaman juga paling utama. Anda akan boleh melihat portfolio atau sebarang majlis yang pernah dikendalikan oleh seseorang Pengacara Majlis. Lazimnya Pengacara Majlis mempunyai akaun sosial media sendiri dan dari situ anda boleh mengetahui seberapa banyak pengalaman Pengacara Majlis anda.


Justeru itu, kami di EMCEE KAHWIN DOT COM yang dimiliki sepenuhnya oleh AWAN BIRU EVENT MANAGEMENT SERVICES, sangat menitikberatkan kualiti kami semasa mengendalikan sesuatu majlis. Emcee Adam telah terlibat dalam pengucapan awam, berada di pentas-pentas besar, mengendalikan pelbagai majlis, malah menerima jemputan dari luar kawasan Lembah Klang. Ini menunjukkan pelanggan mempercayai servis yang diberikan oleh kami.


Jika anda masih tercari-cari Pengacara Majlis anda, hubungi segera talian 01162099363. Tempah dan kunci tarikh anda dengan pantas.


https://wa.me/601162099363

http://www.emceekahwin.com





#emceeofmalaysia #pasystem #pengacaramajlis #eventplanner #weddingplanner #majlismakanmalam #pengacara #majlisperkahwinan #professionalemcee #walimatulurus #majlispernikahan #malaywedding #majlisperasmian #pasystemrental #sewapasystem #majlisrasmi #butikperkahwinan #bajupengantin #galeriperkahwinan #hantaran #hantaranperkahwinan #doorgiftmurah #emceekahwin #pesonapengantin #pengantinbaru #nona #majalahwanita #suri #karangkraf #sinarharian

Catat Ulasan

0 Ulasan

PROMISI 2024

PROMOSI EMCEE KAHWIN