Menghidupkan Majlis Anda Dengan Penuh Gaya & Karisma

Pengacara majlis profesional untuk majlis perkahwinan yang tertib dan teratur, acara korporat yang berprotokol dan eksklusif, serta sebarang majlis dan acara yang diadakan secara formal atau semi formal. Lengkap dengan Coordinator yang berpengalaman dan peralatan PA System yang berkualiti.

Tentang Emcee Adam

Bukan sekadar memegang mikrofon, tetapi memastikan majlis anda lebih hidup dan diingati.

Lebih Daripada Pengacara, Saya Adalah Rakan Pengemudi Majlis Anda

Setiap majlis besar mempunyai jiwa dan cerita tersendiri. Sebagai pengacara anda, misi utama saya bukan sekadar membaca skrip di atas pentas, tetapi memastikan emosi tetamu terpaut, protokol berjalan lancar tanpa sebarang cacat cela, dan pihak penganjur dapat menarik nafas lega.

Dengan pengalaman mengendalikan pelbagai skala acara—daripada resepsi perkahwinan eksklusif yang penuh emosi romantis sehinggalah malam gala korporat yang penuh ketegasan VVIP—saya membawakan kombinasi tenaga bersahaja, suara berwibawa, serta kawalan masa yang ampuh.

Intonasi Suara Penuh Kelembutan
Pakar Urus Majlis Berprotokol
Kawalan Suasana Interaktif
Tenang Mengendalikan Majlis

Jangan biarkan majlis impian anda menjadi kaku atau hambar. Biar saya bantu jadikan hari istimewa anda sebuah momen magis yang dihujani pujian daripada semua tetamu yang hadir.

Runding Bersama Emcee Adam
Emcee Profesional

Servis Ditawarkan

Pilihan pengacaraan untuk pelbagai jenis skala acara.

Majlis Perkahwinan

Menyerikan hari bahagia anda dengan pengacaraan yang romantis, ceria, dan lancar dari mula hingga akhir.

Acara Korporat

Gaya penyampaian korporat yang berwibawa, profesional, dan menepati protokol majlis rasmi syarikat.

Voice Over

Suara latar yang memukau dan menghidupkan malam anugerah atau persembahan pentas.

Pilihan Pakej Majlis

Pakej fleksibel yang dirangka khas untuk keselesaan dan kelancaran acara anda.

EMCEE / HOST

Fokus kepada pengacaraan pentas dan interaksi bersama tetamu.

  • Emcee Berbahasa Melayu Profesional
  • Bimbingan Atur Cara Majlis
  • Kawalan Masa & Suasana Majlis
  • Termasuk Sesi Meetup & Rehearsal
  • Bacaan Doa Turut dDsediakan
  • Tidak Termasuk Event Coordinator
  • Tidak Termasuk PA System
Pilih Pakej Ini

EMCEE + COORDINATOR + PA SYSTEM

Pakej lengkap All-In-One tanpa perlu pening kepala mencari vendor lain.

  • Emcee Berbahasa Melayu Profesional
  • Koordinator Majlis Berpengalaman
  • Set PA System Berkualiti Tinggi & Soundman
  • Wireless Mic & Powered Speaker
  • Termasuk Sesi Meetup & Rehearsal
  • Bacaan Doa Turut Disediakan
  • Ketenangan Penuh (Hadir & Majlis Terus Lancar)
Pilih Pakej Ini

Pilihan Audio Visual

Pakej fleksibel yang dirangka khas untuk keselesaan dan kelancaran acara anda.

SMART TV

Paparan lebih jelas dengan kualiti UHD 4K untuk pembentangan, mesyuarat mahupun majlis perkahwinan.

  • Smart TV 55 Inch
  • HDMI Cables 10 Meter
  • TV Stand (Movabale)
  • Tayangan Video / Slide
  • Penghantaran & Pemasangan
Pilih Pakej Ini

LED TV

Pelbagai saiz LED TV untuk kegunaan pelbagai jenis majlis dan acara.

  • LED TV 40 - 50 Inch
  • HDMI Cables 10 Meter
  • TV Stand (Movabale)
  • Tayangan Video / Slide
  • Penghantaran & Pemasangan
Pilih Pakej Ini

Perkongsian Blog

Artikel, petua, dan pengalaman seputar dunia pengacaraan majlis.

ADAKAH DIPERLUKAN PENGACARA MAJLIS ATAU EMCEE DALAM SESEBUAH MAJLIS PERKAHWINAN?

Ahad, Jun 16, 2024



Masa kini bukan lagi persoalan yang sukar dijawab, apabila ada yang bertanyakan, "Adakah Diperlukan Emcee Dalam Sesebuah Majlis Perkahwinan?"

Bagi Kami di EmceeKahwin.Com, yang telah terlibat begitu lama dalam mengendalikan majlis perkahwinan, persoalan yang sebenarnya, tidak lagi menjurus kepada adakah perlu menggunakan khidmat Emcee. Sebaliknya adalah bagaimana anda boleh memastikan majlis anda berjalan dengan teratur dan tertib. Apatah pada masa sekarang, kebanyakan majlis diadakan di dewan² perkahwinan yang dihias indah dan kelihatan sangat eksklusif (wedding grand hall).

Terdapat banyak cara anda boleh lakukan untuk menaikkan lagi seri dan kemeriahan majlis perkahwinan anda, daripada hiasan dan dekorasi yang mengagumkan hinggalah dengan sajian dan hidangan yang disediakan untuk dinikmati oleh para tetamu yang hadir.

Satu lagi cara yang pasti turut memainkan peranan penting dalam majlis perkahwinan anda adalah melantik atau menggunakan servis Emcee Majlis Perkahwinan yang Profesional dan Versatile. Keberadaan Emcee ini boleh membantu menambah sedikit sentuhan yang membawa mood anda selaku pengantin baru dan juga para tetamu untuk terus mengikuti perjalanan majlis yang telah ditetapkan. Serta paling penting, memastikan majlis anda dapat berjalan dengan lancar dari permulaan hingga ke akhirnya.

Emcee Majlis Perkahwinan, sering dirujuk sebagai "Sang pencerita, turut berhubung dengan tenaga kerja yang lainnya, menjaga emosi dan suasana majlis — seorang Emcee memakai begitu banyak topi untuk memastikan tetamu tertarik, terhibur, berasa terlibat dan lebih-lebih lagi, merasa begitu selesa sepanjang majlis berlangsung.

Kerana itu Emcee Adam yang merupakan Emcee Kahwin sepenuh masa dan yang bergerak bebas (freelance full-time emcee), sangat menitiberatkan perjalanan aturcara majlis dengan mengambilkira keadaan dan senario semasa majlis yang sedang berlangsung. Kerap memberikan khidmat nasihat susunan aturcara majlis kepada pasangan pengantin dan keluarga. Serta memberikan bimbingan perkara² yang perlu diberi perhatian untuk memastikan majlis berjalan dengan begitu baik sekali.

Emcee Adam sangat berdedikasi dalam tugasnya, mempunyai kualiti vokal yang baik dan intonasinya yang sangat mantap, serta berpengalaman luas dalam bidang pengacaraan majlis terutama majlis pertunangan, pernikahan dan perkahwinan. Turut disediakan adalah khidmat bacaan doa sekiranya diperlukan. Berpengalaman luas dan pernah mengacarakan majlis perkahwinan dan acara korporat di tempat-tempat yang terkemuka sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.


Kembali ke Utama

Maklum Balas & WhatsApp Klien

Bukti kepuasan klien sebenar yang dihantar terus melalui WhatsApp.

Hubungi Emcee Adam

Semak kekosongan tarikh majlis anda hari ini.

Jom Berbincang

Ada sebarang pertanyaan mengenai pakej atau ingin menyemak ketersediaan jadual? Hubungi saya segera melalui saluran di bawah.

+60 11-6209 9363 (Klik WhatsApp)
Kawasan bersedia bergerak ke lokasi anda (willing to travel).
Tiada caj pengangkutan bagi sekitar kawasan Lembah Klang.