REHERSAL? ATAU SOUND CHECK YANG SEPATUTNYA?




Ramai terkeliru dalam memahami perbezaan antara sound check (pemeriksaan bunyi) vs rehersal (raptai/latihan)

SOUND CHECK (PEMERIKSAAN BUNYI / AUDIO VIDEO)
Pemeriksaan bunyi ialah persediaan yang berlaku sebelum konsert, ucapan atau persembahan yang serupa untuk melaraskan bunyi pada sistem peneguhan bunyi atau siaran awam tempat itu.

REHERSAL (RAPTAI/ LATIHAN)
Raptai atau latihan biasanya melibatkan sesuatu majlis yang melibatkan sesuatu persembahan awam dan mempunyai protokol serta etiket yang perlu dipatuhi, terutama dalam majlis-majlis rasmi kerajaan dan korporat.





Dalam majlis perkahwinan, lazimnya tiada keperluan melakukan rehersal dan hanya pengujian audio video saja yang dibuat satu atau dua jam sebelum majlis bagi memastikan tidak ada sebarang masalah sepanjang majlis tersebut berlangsung. Berbeza dengan majlis sektor kerajaan dan korporat, ia memerlukan rehersal kerana aturcaranya yang formal, mempunyai protokol dan etiket yang perlu dipatuhi.

Kerana itu, kami tidak pernah membuat rehersal/ raptai untuk majlis perkahwinan sekiranya aturcara majlis adalah standard. Apa yang dimaksudkan aturcara standard adalah :
i. Tetamu tiba
ii. Pengantin tiba
iii. Merenjis/ Salam restu
iv. Makan beradab
v. Potong kek
vi. Sesi bergambar

Aturcara di atas adalah aturcara yang lazim digunakan dalam majoriti majlis perkahwinan di Malaysia. Pengacara majlis juga lazimnya telah mengetahui peranan dan teks yang perly dituturkan sepanjang majlis berlangsung.

Cuma yang menjadi kerisauan adalah di pihak pengantin, terutama yang belum pernah mengadakan majlis perkahwinan dalam keluarga mereka. Atau yang merasakan perlu rehersal kerana tidak mahu kelam kabut.

Bagi mencerahkan perkara tersebut, pihak pengantin boleh melantik beberapa orang perantara majlis selain daripada pengacara majlis iaitu seperti floor manager/ wedding organizer, usherer dan crew. Setiap mereka mempunyai peranan yang berbeza dan akan membantu kelancaran majlis. Antaranya memberikan Que kepada pengacara majlis akan ketibaan pengantin serta memimpin/mempelawa tetamu untuk merenjis/bergambar.

Di pihak kami juga, pakej Pengacara Majlis adalah merujuk kepada hari majlis sahaja. Lazimnya majlis perkahwinan berlangsung selama 5 jam. Dan pengacara majlis membei tumpuan kepada mengacarakan majlis berdasarkan aturcara ditetapkan.

Manakala untuk raptai/rehersal, sebahagian Pakej Emcee kami telah termasuk dengan Sesi Rehersal. Tetapi bergantung kepada jarak perjalanan ke lokasi majlis, caj tambahan seperti caj pengangkutan akan dikenakan.

Ianya juga tertakluk kepada kelapangan pengacara majlis, pihak dewan dan pihak-pihak lain yang turut terlibat dalam memastikan kelancaran majlis itu sendiri. Jika tidak, maka sesi rehersal tersebut tidak sempurna dan tidak mencapai matlamatnya.

Semoga dengan penerangan ini akan memberika  gambaran yang jelas berkaitan peranan pengacara majlis, keperluan rehersal mahupun sound check. Sekiranya memerlukan khidmat pengacara majlis dan untuk tempahan / pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363.

EMCEE ADAM 
EMCEE MAJLIS PERKAHWINAN

0 Ulasan

RAKAMAN VIDEO

PROMOSI EMCEE KAHWIN