Menghidupkan Majlis Anda Dengan Penuh Gaya & Karisma

Pengacara majlis profesional untuk majlis perkahwinan yang tertib dan teratur, acara korporat yang berprotokol dan eksklusif, serta sebarang majlis dan acara yang diadakan secara formal atau semi formal. Lengkap dengan Coordinator yang berpengalaman dan peralatan PA System yang berkualiti.

Tentang Emcee Adam

Bukan sekadar memegang mikrofon, tetapi memastikan majlis anda lebih hidup dan diingati.

Lebih Daripada Pengacara, Saya Adalah Rakan Pengemudi Majlis Anda

Setiap majlis besar mempunyai jiwa dan cerita tersendiri. Sebagai pengacara anda, misi utama saya bukan sekadar membaca skrip di atas pentas, tetapi memastikan emosi tetamu terpaut, protokol berjalan lancar tanpa sebarang cacat cela, dan pihak penganjur dapat menarik nafas lega.

Dengan pengalaman mengendalikan pelbagai skala acara—daripada resepsi perkahwinan eksklusif yang penuh emosi romantis sehinggalah malam gala korporat yang penuh ketegasan VVIP—saya membawakan kombinasi tenaga bersahaja, suara berwibawa, serta kawalan masa yang ampuh.

Intonasi Suara Penuh Kelembutan
Pakar Urus Majlis Berprotokol
Kawalan Suasana Interaktif
Tenang Mengendalikan Majlis

Jangan biarkan majlis impian anda menjadi kaku atau hambar. Biar saya bantu jadikan hari istimewa anda sebuah momen magis yang dihujani pujian daripada semua tetamu yang hadir.

Runding Bersama Emcee Adam
Emcee Profesional

Servis Ditawarkan

Pilihan pengacaraan untuk pelbagai jenis skala acara.

Majlis Perkahwinan

Menyerikan hari bahagia anda dengan pengacaraan yang romantis, ceria, dan lancar dari mula hingga akhir.

Acara Korporat

Gaya penyampaian korporat yang berwibawa, profesional, dan menepati protokol majlis rasmi syarikat.

Voice Over

Suara latar yang memukau dan menghidupkan malam anugerah atau persembahan pentas.

Pilihan Pakej Majlis

Pakej fleksibel yang dirangka khas untuk keselesaan dan kelancaran acara anda.

EMCEE / HOST

Fokus kepada pengacaraan pentas dan interaksi bersama tetamu.

  • Emcee Berbahasa Melayu Profesional
  • Bimbingan Atur Cara Majlis
  • Kawalan Masa & Suasana Majlis
  • Termasuk Sesi Meetup & Rehearsal
  • Bacaan Doa Turut dDsediakan
  • Tidak Termasuk Event Coordinator
  • Tidak Termasuk PA System
Pilih Pakej Ini

EMCEE + COORDINATOR + PA SYSTEM

Pakej lengkap All-In-One tanpa perlu pening kepala mencari vendor lain.

  • Emcee Berbahasa Melayu Profesional
  • Koordinator Majlis Berpengalaman
  • Set PA System Berkualiti Tinggi & Soundman
  • Wireless Mic & Powered Speaker
  • Termasuk Sesi Meetup & Rehearsal
  • Bacaan Doa Turut Disediakan
  • Ketenangan Penuh (Hadir & Majlis Terus Lancar)
Pilih Pakej Ini

Pilihan Audio Visual

Pakej fleksibel yang dirangka khas untuk keselesaan dan kelancaran acara anda.

SMART TV

Paparan lebih jelas dengan kualiti UHD 4K untuk pembentangan, mesyuarat mahupun majlis perkahwinan.

  • Smart TV 55 Inch
  • HDMI Cables 10 Meter
  • TV Stand (Movabale)
  • Tayangan Video / Slide
  • Penghantaran & Pemasangan
Pilih Pakej Ini

LED TV

Pelbagai saiz LED TV untuk kegunaan pelbagai jenis majlis dan acara.

  • LED TV 40 - 50 Inch
  • HDMI Cables 10 Meter
  • TV Stand (Movabale)
  • Tayangan Video / Slide
  • Penghantaran & Pemasangan
Pilih Pakej Ini

Perkongsian Blog

Artikel, petua, dan pengalaman seputar dunia pengacaraan majlis.

PERANAN EMCEE - PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN - TIPS BERGUNA BUAT BAKAL PENGANTIN BARU

Khamis, Februari 18, 2021
"Majlis ini bukan sekadar majlis biasa, tetapi hari penuh makna untuk dua insan yang kini sah bergelar suami isteri. Terima kasih kerana hadir memeriahkan suasana – mari kita nikmati hidangan, hiburan dan tentunya… cinta yang bersemi di pelaminan!"

Di bawah kami senaraikan beberapa point penting untuk anda memahami peranan Pengacara Majlis (Emcee).


Jom baca!


Seorang pengacara majlis atau MC (master of ceremony) memainkan peranan yang sangat penting dalam mengemudi sesuatu majlis rasmi ataupun tidak rasmi. Kenapa? Kerana sesebuah majlis rasmi tidak boleh bermula selagi pengacara majlis belum bersedia. Merekalah orangnya yang akan membuat pengumuman, serta memberi arahan/panduan kepada tetamu yang mengambil bahagian dalam majlis tersebut.


Bukan senang untuk menjadi seorang pengacara majlis. Ianya memerlukan daya kreativiti, serta kebolehan kita untuk bertutur dengan lancar dan berkesan. Datuk Mahathir Lokman adalah antara figura yang bukan asing lagi dalam bidang pengacaraan di Malaysia.


Kepetahan dalam mengacarakan majlis-majlis rasmi serta kebijaksanaannya dalam mengendalikan pelbagai majlis lain termasuk majlis-majlis hiburan dan perkahwinan membuktikan pengacara ini begitu versatil. Pengalaman mengacarakan beberapa majlis rasmi juga mematangkan dirinya dalam mengemudi sesuatu majlis. Tambahan pula dengan kebolehannya menguasai beberapa bahasa asing seperti Perancis, Portugal, Sepanyol, Itali dan Inggeris, cukup membuktikan dirinya bergelar seorang pengacara majlis serba boleh.


Justeru, antara kriteria serta kualiti yang perlu ada pada seseorang pengacara majlis termasuklah:


Bijak. Ya, seseorang pengacara majlis perlulah bijak dalam mengenali sesuatu majlis samada ianya berbentuk formal, tidak formal atau pun mengikut adat istiadat. Mereka perlu menyelidik siapa tetamu yang akan datang (mengenali audiens), untuk memastikan bahasa yang akan digunakan adalah betul. Jika tetamu itu adalah tetamu diraja, maka peru menggunakan bahasa istana, atau bahasa formal jika majlis itu melibatkan kehadiran Menteri kabinet, Perdana Menteri dan sebagainya.


Berpengetahuan dalam sesebuah majlis yang dikendalikan. Sebagai contoh, jika mengendalikan sebuah majlis menandatangani perjanjian (MoU) Biodiesel, maka anda perlulah mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang Biodiesel atau yang berkaitan dengannya, bukan setakat faham dan tangkap muat sahaja.


Memahami konsep berduet. Ini bagi pengacara majlis berpasangan lelaki dan perempuan. Bagi lelaki, mereka lah yang akan membuka serta menutup majlis. Peranan pengacara perempuan adalah untuk menyerikan lagi seri majlis tersebut dan mencelah setiap kali pengacara lelaki mengacarakan majlis tersebut. Kedudukan MC perempuan pula adalah disebelah kiri MC lelaki, dan lelaki tersebut haruslah mempunyai ketinggian yang lebih dari MC perempuan.


Mempunyai persediaan dari segi mental, fizikal serta skrip yang lengkap. Datuk Mahathir Lokman pernah menyatakan bahawa seseorang pengacara tidak boleh datang mengacara majlis dengan mood tidak baik dan monyok. Terlebih ceria juga tidak digalakkan sama sekali. Sekiranya perlu menjadi pengacara majlis yang dihadiri oleh golongan VVIP, lenggok bahasa yang digunakan mestilah betul. Pengacara juga perlu mempunyai suara/intonasi yang lunak dan sedap didengar dimana ianya merupakan antara kriteria yang penting selain personaliti dan kebolehan. Begitu juga dengan sebutan, di mana ianya haruslah tidak pelat, tidak bersifat kedaerahan, atau sengau.


Mesti banyak bersabar. Kadang-kadang berlaku beberapa perkara di luar jangkaan yang mungkin boleh mencacatkan proses pengacaraan sesebuah majlis. sebagai contoh, kita mungkin sudah siapkan skrip, tetapi atas beberapa masalah teknikal oleh pihak sekretariat, yang memerlukan skrip tersebut untuk diubah pada saat-saat akhir. Justeru, dalam menghadapi saat genting seperti ini, pengacara majlis perlu sentiasa sabar agar majlis dapat berjalan seperti yang telah dirancang sebelumnya.


Berpengetahuan tentang Etiket dan Protokol. Seseorang pengacara majlis haruslah faham tentang segala jenis tatacara imej, adab serta peraturan berprotokol seperti susunan hormat, susunan tempat duduk, cara berdiri dengan betul, cara berdiri didepan rostrum, cara berpakaian, cara berbahasa, dan sebagainya.


Tidak terlalu gemuruh. Menjadi lumrah semua orang untuk mempunyai perasaan gemuruh dan ianya terbentuk secara semulajadi. Namun, ianya haruslah dikawal serta tidak menampakkan gemuruhnya anda ketika sedang mengacarakan sesuatu majlis. jika anda terlalu gemuruh, kemungkinan akan membuatkan anda gagap, dan tidak mampu untuk bercakap dengan betul. Adalah penting untuk mengawal gemuruh anda kerana sekiranya anda gagap, ianya akan membuatkan orang lain berasa gelisah terhadap anda, serta keseluruhan majlis tersebut.

Diharapkan dengan kriteria ini dapat serba sedikit membantu anda untuk menjadi seorang pengacara majlis yang berkaliber serta bertaraf dunia, seperti Datuk Mahadzir Lokman dan Ahmad Fidtri Yahya.




EMCEE ADAM 01162099363
Kembali ke Utama

Maklum Balas & WhatsApp Klien

Bukti kepuasan klien sebenar yang dihantar terus melalui WhatsApp.

Hubungi Emcee Adam

Semak kekosongan tarikh majlis anda hari ini.

Jom Berbincang

Ada sebarang pertanyaan mengenai pakej atau ingin menyemak ketersediaan jadual? Hubungi saya segera melalui saluran di bawah.

+60 11-6209 9363 (Klik WhatsApp)
Kawasan bersedia bergerak ke lokasi anda (willing to travel).
Tiada caj pengangkutan bagi sekitar kawasan Lembah Klang.