Menghidupkan Majlis Anda Dengan Penuh Gaya & Karisma

Pengacara majlis profesional untuk majlis perkahwinan yang tertib dan teratur, acara korporat yang berprotokol dan eksklusif, serta sebarang majlis dan acara yang diadakan secara formal atau semi formal. Lengkap dengan Coordinator yang berpengalaman dan peralatan PA System yang berkualiti.

Tentang Emcee Adam

Bukan sekadar memegang mikrofon, tetapi memastikan majlis anda lebih hidup dan diingati.

Lebih Daripada Pengacara, Saya Adalah Rakan Pengemudi Majlis Anda

Setiap majlis besar mempunyai jiwa dan cerita tersendiri. Sebagai pengacara anda, misi utama saya bukan sekadar membaca skrip di atas pentas, tetapi memastikan emosi tetamu terpaut, protokol berjalan lancar tanpa sebarang cacat cela, dan pihak penganjur dapat menarik nafas lega.

Dengan pengalaman mengendalikan pelbagai skala acara—daripada resepsi perkahwinan eksklusif yang penuh emosi romantis sehinggalah malam gala korporat yang penuh ketegasan VVIP—saya membawakan kombinasi tenaga bersahaja, suara berwibawa, serta kawalan masa yang ampuh.

Intonasi Suara Penuh Kelembutan
Pakar Urus Majlis Berprotokol
Kawalan Suasana Interaktif
Tenang Mengendalikan Majlis

Jangan biarkan majlis impian anda menjadi kaku atau hambar. Biar saya bantu jadikan hari istimewa anda sebuah momen magis yang dihujani pujian daripada semua tetamu yang hadir.

Runding Bersama Emcee Adam
Emcee Profesional

Servis Ditawarkan

Pilihan pengacaraan untuk pelbagai jenis skala acara.

Majlis Perkahwinan

Menyerikan hari bahagia anda dengan pengacaraan yang romantis, ceria, dan lancar dari mula hingga akhir.

Acara Korporat

Gaya penyampaian korporat yang berwibawa, profesional, dan menepati protokol majlis rasmi syarikat.

Voice Over

Suara latar yang memukau dan menghidupkan malam anugerah atau persembahan pentas.

Pilihan Pakej Majlis

Pakej fleksibel yang dirangka khas untuk keselesaan dan kelancaran acara anda.

EMCEE / HOST

Fokus kepada pengacaraan pentas dan interaksi bersama tetamu.

  • Emcee Berbahasa Melayu Profesional
  • Bimbingan Atur Cara Majlis
  • Kawalan Masa & Suasana Majlis
  • Termasuk Sesi Meetup & Rehearsal
  • Bacaan Doa Turut dDsediakan
  • Tidak Termasuk Event Coordinator
  • Tidak Termasuk PA System
Pilih Pakej Ini

EMCEE + COORDINATOR + PA SYSTEM

Pakej lengkap All-In-One tanpa perlu pening kepala mencari vendor lain.

  • Emcee Berbahasa Melayu Profesional
  • Koordinator Majlis Berpengalaman
  • Set PA System Berkualiti Tinggi & Soundman
  • Wireless Mic & Powered Speaker
  • Termasuk Sesi Meetup & Rehearsal
  • Bacaan Doa Turut Disediakan
  • Ketenangan Penuh (Hadir & Majlis Terus Lancar)
Pilih Pakej Ini

Pilihan Audio Visual

Pakej fleksibel yang dirangka khas untuk keselesaan dan kelancaran acara anda.

SMART TV

Paparan lebih jelas dengan kualiti UHD 4K untuk pembentangan, mesyuarat mahupun majlis perkahwinan.

  • Smart TV 55 Inch
  • HDMI Cables 10 Meter
  • TV Stand (Movabale)
  • Tayangan Video / Slide
  • Penghantaran & Pemasangan
Pilih Pakej Ini

LED TV

Pelbagai saiz LED TV untuk kegunaan pelbagai jenis majlis dan acara.

  • LED TV 40 - 50 Inch
  • HDMI Cables 10 Meter
  • TV Stand (Movabale)
  • Tayangan Video / Slide
  • Penghantaran & Pemasangan
Pilih Pakej Ini

Perkongsian Blog

Artikel, petua, dan pengalaman seputar dunia pengacaraan majlis.

ADAT RESAM PERKAHWINAN MELAYU DI MALAYSIA - TAKKAN LEKANG DEK PANAS TAK LUPUT DEK HUJAN

Rabu, Januari 06, 2021



Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang menjadi tunjang bermulanya kehidupan sesebuah keluarga. Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam,perkahwinan Bagi masyarakat Melayu, adat perkahwinan melayu sangat dititikberatkan.

Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dilaksanakankan secara meriah dan penuh adat istiadat Setiap perlakuan mereka akan dipengaruhi dengan adatnya yang tersendiri terutama dalam majlis perkahwinan. Malah adat dikatakan akan memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran sesebuah majlis perkahwinan. Lazimnya istiadat ini disusun begitu teratur mengikut langkah yang telah dirancang.


2.1 Adat Merisik

Adat merisik merupakan peringkat pertama dalam hubungan perkahwinan. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Ianya melibatkan pertemuan antara wakil keluarga lelaki dengan wakil keluarga perempuan.

Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak perempuan. Selain dari adat ini bertujuan untuk mendapat restu dan mengenali keluarga bakal tunang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang besar untuk berkahwin. 

Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Pada kebiasaanya satu rundingan akan diadakan di antara kedua belah pihak di mana pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan. Sekiranya ada persetujuan dari pihak gadis maka satu tarikh peminangan akan ditetapkan.


2.2 Adat Meminang

Wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki untuk mewakili mereka meminang anak gadis yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak gadis tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan.

Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan berikutnya mereka akan berbincang tentang segala syarat berkaitan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Perbincangan tarikh yang sesuai juga akan ditentukan untuk melangsungkan perkahwinan.

Pada ketika itu seandainya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Dari segi konsepnya Menghantar Tanda adalah ditakrifkan sebagai “putus cakap”. Ini membawa maksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan.


2.3 Adat Bertunang

Sebaik saja peminangan pihak lelaki diterima maka urusan majlis pertunangan pula diadakan. Pihak lelaki akan di wakili oleh saudara mara terdekat. Sempena majlis pertunangan, satu kenduri diadakan di rumah pihak perempuan.

Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh atau sireh junjung sebagai bingkisan utama, berupa sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, kuih muih, buah - buahan , pakaian dan lain-lain yang digubah cantik untuk diberikan kepada pihak perempuan. Pada kebiasaannya bilangan hantaran juga akan di hantar dalam bilangan yang ganjil seperti lima, tujuh, sembilan, sebelas dan tiga belas kerana bilangan genap dikatakan akan membawa implikasi yang tidak baik. 

Sementara hantaran dari pihak perempuan pula akan melebihi hantaran daripada pihak lelaki. Sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berumah tangga ,maka pihak lelaki juga harus memberikan sumbangan berupa hantaran yang akan ditetapkan oleh keluarga perempuan kerana dianggap peminangan tersebut sudah melangkah bendul.


2.4 Adat Berinai

Majlis berinai biasanya diadakan secara berpingkat. Peringkat pertama dikenali sebagai Berinai Curi . Biasanya proses ini diadakan tiga malam sebelum hari pernikahan untuk saudara mara terdekat sahaja.

Peringkat kedua dikenali sebagai Berinai Kecil. Biasanya diadakan dua malam sebelum hari pernikahan untuk jiran,saudara mara dan sahabat handai sahaja. 

Peringkat ketika dpula dikenali sebagai Berinai Besar . Umumnya diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan perempuan. 

Selepas adat Berinai Besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan. Sebaliknya pengantin lelaki akan pulang terus kerumahnya atau bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan. 


2.5 Akad Nikah

Akad nikah merupakan upacara kemuncak dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada tuntutan ajaran agama.

Istiadat ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak. 

Semasa upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam. 

Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Walau bagaimanapun akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam 

Pada hari berkenaan, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi berserta dua orang saksi bagi pihak perempuan. 

Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan persetujuannya akan pernikahan tersebut. 

Seterusnya Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. 

Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak (mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya (sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). 

Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati.

Upacara membatalkan air sembahyang pula dilakukan sebaik sahaja selesai adat akad nikah. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. 


2.6 Adat Persandingan

Fasa terakhir dalam adat resam perkahwinan masyarakat Melayu adalah upacara persandingan. Ketika ini pasangan pengantin akan diandam dan dihias rapi oleh Mak Andam. 

Upacara menyambut menantu oleh kedua pihak akan disambut dengan meriah bilamana pengantin diarak dengan pasukan kompang dan pancak silat. Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. 

Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. 

Para jemputan terutama dari wakil kedua mempelai akan dipersila untuk menepung tawar pasangan pengantin di atas pelamin. Justeru tidak hairanlah setiap majlis perkahwinan yang dilakukan secara penuh adat mengganggap pasangan pengantin sebagai raja sehari oleh kebanyakan masyarakat Melayu lantaran tertib dan teraturnya pengurusan proses perkahwinan yang diamalkan sejak turun temurun.

Kembali ke Utama

Maklum Balas & WhatsApp Klien

Bukti kepuasan klien sebenar yang dihantar terus melalui WhatsApp.

Hubungi Emcee Adam

Semak kekosongan tarikh majlis anda hari ini.

Jom Berbincang

Ada sebarang pertanyaan mengenai pakej atau ingin menyemak ketersediaan jadual? Hubungi saya segera melalui saluran di bawah.

+60 11-6209 9363 (Klik WhatsApp)
Kawasan bersedia bergerak ke lokasi anda (willing to travel).
Tiada caj pengangkutan bagi sekitar kawasan Lembah Klang.