Menghidupkan Majlis Anda Dengan Penuh Gaya & Karisma

Pengacara majlis profesional untuk majlis perkahwinan yang tertib dan teratur, acara korporat yang berprotokol dan eksklusif, serta sebarang majlis dan acara yang diadakan secara formal atau semi formal. Lengkap dengan Coordinator yang berpengalaman dan peralatan PA System yang berkualiti.

Tentang Emcee Adam

Bukan sekadar memegang mikrofon, tetapi memastikan majlis anda lebih hidup dan diingati.

Lebih Daripada Pengacara, Saya Adalah Rakan Pengemudi Majlis Anda

Setiap majlis besar mempunyai jiwa dan cerita tersendiri. Sebagai pengacara anda, misi utama saya bukan sekadar membaca skrip di atas pentas, tetapi memastikan emosi tetamu terpaut, protokol berjalan lancar tanpa sebarang cacat cela, dan pihak penganjur dapat menarik nafas lega.

Dengan pengalaman mengendalikan pelbagai skala acara—daripada resepsi perkahwinan eksklusif yang penuh emosi romantis sehinggalah malam gala korporat yang penuh ketegasan VVIP—saya membawakan kombinasi tenaga bersahaja, suara berwibawa, serta kawalan masa yang ampuh.

Intonasi Suara Penuh Kelembutan
Pakar Urus Majlis Berprotokol
Kawalan Suasana Interaktif
Tenang Mengendalikan Majlis

Jangan biarkan majlis impian anda menjadi kaku atau hambar. Biar saya bantu jadikan hari istimewa anda sebuah momen magis yang dihujani pujian daripada semua tetamu yang hadir.

Runding Bersama Emcee Adam
Emcee Profesional

Servis Ditawarkan

Pilihan pengacaraan untuk pelbagai jenis skala acara.

Majlis Perkahwinan

Menyerikan hari bahagia anda dengan pengacaraan yang romantis, ceria, dan lancar dari mula hingga akhir.

Acara Korporat

Gaya penyampaian korporat yang berwibawa, profesional, dan menepati protokol majlis rasmi syarikat.

Voice Over

Suara latar yang memukau dan menghidupkan malam anugerah atau persembahan pentas.

Pilihan Pakej Majlis

Pakej fleksibel yang dirangka khas untuk keselesaan dan kelancaran acara anda.

EMCEE / HOST

Fokus kepada pengacaraan pentas dan interaksi bersama tetamu.

  • Emcee Berbahasa Melayu Profesional
  • Bimbingan Atur Cara Majlis
  • Kawalan Masa & Suasana Majlis
  • Termasuk Sesi Meetup & Rehearsal
  • Bacaan Doa Turut dDsediakan
  • Tidak Termasuk Event Coordinator
  • Tidak Termasuk PA System
Pilih Pakej Ini

EMCEE + COORDINATOR + PA SYSTEM

Pakej lengkap All-In-One tanpa perlu pening kepala mencari vendor lain.

  • Emcee Berbahasa Melayu Profesional
  • Koordinator Majlis Berpengalaman
  • Set PA System Berkualiti Tinggi & Soundman
  • Wireless Mic & Powered Speaker
  • Termasuk Sesi Meetup & Rehearsal
  • Bacaan Doa Turut Disediakan
  • Ketenangan Penuh (Hadir & Majlis Terus Lancar)
Pilih Pakej Ini

Pilihan Audio Visual

Pakej fleksibel yang dirangka khas untuk keselesaan dan kelancaran acara anda.

SMART TV

Paparan lebih jelas dengan kualiti UHD 4K untuk pembentangan, mesyuarat mahupun majlis perkahwinan.

  • Smart TV 55 Inch
  • HDMI Cables 10 Meter
  • TV Stand (Movabale)
  • Tayangan Video / Slide
  • Penghantaran & Pemasangan
Pilih Pakej Ini

LED TV

Pelbagai saiz LED TV untuk kegunaan pelbagai jenis majlis dan acara.

  • LED TV 40 - 50 Inch
  • HDMI Cables 10 Meter
  • TV Stand (Movabale)
  • Tayangan Video / Slide
  • Penghantaran & Pemasangan
Pilih Pakej Ini

Perkongsian Blog

Artikel, petua, dan pengalaman seputar dunia pengacaraan majlis.

Memahami Matlamat Perkahwinan

Sabtu, November 14, 2020



HIDUP berpasangan adalah fitrah semula jadi dan setiap sesuatu itu ada pasangannya, umpama siang dengan malam, pasang dan surut. Begitu juga dengan manusia, melalui perkahwinan menemukan pasangan untuk mengharungi segala suka duka kehidupan.

Perkahwinan dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Ada banyak ayat al-Quran mengenai pensyariatan perkahwinan memenuhi tuntutan fitrah semula jadi manusia.

Menerusi tajuk 40 ayat al-Quran mengenai keluarga yang dibincangkan dalam rancangan Pesona D'Zahra di IKIMfm, Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin menjelaskan hukum berkahwin yang terbahagi kepada empat, iaitu wajib, sunat, makruh dan haram.

Berkahwin menjadi wajib apabila seseorang itu berkemampuan fizikal dan mental serta bimbang jika diri akan terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan zina. Perkahwinan boleh menjadi sunat apabila seseorang itu yakin tidak akan terjebak dengan zina dan maksiat.

Namun, pada masa sama dia juga tidak ragu untuk berkahwin kerana mampu menyediakan keperluan asas dan menjaga kebajikan isteri dengan baik.

Makruh melangsungkan perkahwinan seandainya seseorang itu bimbang ragu akan melakukan kezaliman terhadap isteri seperti tidak mampu menyediakan keperluan asas. Kebimbangan itu tidaklah cenderung kepada yakin, tetapi sedikit ragu sahaja.

Begitu juga yang mempunyai penyakit serius, berjangkit seperti HIV adalah makruh bagi mereka berkahwin.

Individu diharamkan berkahwin ialah yang mempunyai kesanggupan berkahwin, tetapi menimbulkan bahaya kepada bakal isterinya seperti lelaki yang berkahwin dengan tujuan menyakiti bakal isterinya. Maka perkahwinan itu hukumnya haram.





Fitrah hidup berkasih sayang

Islam meraikan fitrah dan keperluan hidup manusia seperti ingin dikasihi, mempunyai pasangan hidup dan keluarga sebagai tempat menerima serta mencurahkan kasih sayang. Oleh itu, menurut Muhammad, mereka yang berkemampuan dan cukup syarat dianjurkan berkahwin.

Allah SWT berfirman bermaksud: "Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah al-Rum, ayat 21)

Islam turut memberi panduan bagi generasi muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya tidak mencukupi menanggung keluarga.

Dalam hal ini, jika usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepas menunaikan segala tanggungjawab sebagai suami isteri sebaiknya, yakinlah rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu.

Di negara Barat menerima perkahwinan sesama jantina dan Islam sama sekali-kali tidak mengiktiraf hubungan sedemikian. Bahkan, Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina.

Adil dalam perkahwinan

Allah SWT berfirman bermaksud: "Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka berkahwin dengan seorang sahaja, atau hamba sahaya yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk tidak melakukan kezaliman." (Surah an-Nisa', ayat 3)

Allah SWT menetapkan seorang lelaki itu berkahwin tidak boleh lebih daripada empat isteri. Ia bertujuan membatasi lelaki supaya tidak berbuat sesuka hatinya kerana mereka dibenarkan berkahwin lebih daripada satu dengan syarat berkemampuan serta mampu berlaku adil.

Jika bimbang tidak dapat berlaku adil, maka berkahwinlah dengan seorang sahaja. Allah SWT menjanjikan ganjaran yang hebat kepada suami yang berlaku adil terhadap isterinya.

Sabda Rasulullah SAW: "Orang yang berlaku adil di sisi Allah nanti akan ditempatkan di atas mimbar yang diperbuat daripada cahaya dari sebelah kanan al-Rahman 'Azza wa Jalla (Allah) lalu Nabi mengangkat tangan kanannya. Orang yang termasuk golongan itu (sebelah kanan Nabi) adalah orang yang adil dalam pemerintahannya, adil terhadap isterinya dan tidak menyimpang." (Riwayat Muslim)


Sumber : Berita Harian

Kembali ke Utama

Maklum Balas & WhatsApp Klien

Bukti kepuasan klien sebenar yang dihantar terus melalui WhatsApp.

Hubungi Emcee Adam

Semak kekosongan tarikh majlis anda hari ini.

Jom Berbincang

Ada sebarang pertanyaan mengenai pakej atau ingin menyemak ketersediaan jadual? Hubungi saya segera melalui saluran di bawah.

+60 11-6209 9363 (Klik WhatsApp)
Kawasan bersedia bergerak ke lokasi anda (willing to travel).
Tiada caj pengangkutan bagi sekitar kawasan Lembah Klang.