Ad Code

RUANGAN UNTUK DISEWA - 01162099363

Perlukah anda menggunakan atau melantik Emcee (MC) untuk mengacarakan Majlis Perkahwinan anda?

  

Master of Ceremonies atau MC ialah seseorang yang akan mengacarakan perjalanan sesuatu majlis dari permulaan hingga ke akhirnya. Dalam majlis perkahwinann, seseorang MC memainkan peranan yang sangat penting seperti berkoordinasi dengan pihak yang berkaitan seperti bakal pengantin, coordinator mahupun keluarga mempelai sendiri. MC yang baik akan membuat teks (skrip) untuk disemak terlebih dahulu oleh bakal pengantin atau pihak keluarga. Walaupun begitu, bakal pengantin hendaklah memberikan aturcara majlis berserta butiran lain yang penting supaya MC dapat menyediakan teks yang terbaik. Inilah yang membuatkan anda sebagai bakal pengantin perlu berhati-hati dalam memilih MC perkahwinan yang sesuai.


Sesetengah daripada anda mungkin lebih selesa dengan kehadiran saudara terdekat sebagai orang yang akan membimbing saat-saat bahagia anda. Lebih-lebih lagi jika anda merancang untuk mengadakan majlis berkonsepkan simple wedding. Selain daripada dapat menjimatkan bajet, kemungkinan anda sudah tahu bagaimana personaliti dan pengalaman pengucapan awam mereka di khalayak ramai. Sudah tentu ini bergantung sepenuhnya kepada bajet anda, namun begitu perlulah diingatkan bahawa tidak semua orang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dalam memimpin sesutau majlis yang dihadiri dengan begitu ramai orang. Apatah lagi tidak petah berbicara, kurang kreativiti serta butir bicara yang tidak begitu mesra dipendengaran.


Jadi, untuk mengelakkan majlis perkahwinan anda menjadi kucar-kacir dan tidak berjalan dengan tertib, maka pertimbangkanlah untuk melantik seorang MC perkahwinan yang profesional dan berpengalaman luas. Kami, di EMCEE KAHWIN DOT COM (dimiliki sepenuhnya oleh Awan Biru Event Management Services), mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mengendalikan majlis perkahwinan, majlis korporat, formal atau semi formal. Sama ada dihadiri oleh orang kenamaan (VVIP) mahupun dengan jumlah audien yang ramai (melebihi 200 orang dalam satu-satu masa).


Jika anda ingin berminat menggunakan servis MC kami, boleh hubungi kami menerusi :

Emcee Adam @ Zam

Pengacara Majlis (Emcee)
Pengurus Acara (Event Manager)
Pelantun Suara (Voice Over)
01162099363

"MAJLIS ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Catat Ulasan

0 Ulasan

PROMISI 2024