BILINGUAL EMCEE “MALAY & ENGLISH”
TEKS PENGACARA MAJLIS AKAD NIKAH
Melayang serindit di atas peramatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat dating
Awal bismillah pembuka bicara
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt
Ladies and gentleman, I would like to invite all of you to be seated as the ceremony will begin in a few minutes. Kindly, please turn off your phone or set it to silent mode.
** Tunggu Q daripada coordinator untuk ketibaan
Hadirin sekalian, mengumumkan ketibaan Yang Berusaha (nama penuh jurunikah / imam masjid …………… kariah …………) dengan diiringi oleh wali dan para saksi.
(KETIBAAN JURUNIKAH/WALI/SAKSI)
Hadiri sekalian, bersama-sama kita saksikan perjalanan masuk para pembawa dulang hantaran.
(PERJALANAN PEMBAWA DULANG HANTARAN)
Hadirin sekalian, selanjutnya bersama-sama kita saksikan ketibaan bakal pengantin lelaki, (nama penuh).
(PERJALANAN BAKAL PENGANTIN LELAKI)
Orang ke laut menjala udang
Petang hari pasang pelita
Teruna idaman sudah pun datang
Nak dara jelita berkunjung tiba
Bersama-sama kita saksikan bakal pengantin perempuan, (nama penuh) mengambil tempat di atas singgahsana.
(PERJALANAN BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN)
Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli
Yang dihormati (nama penuh ayah ibu pengantin perempuan)
Yang dihormati juga, (nama penuh ayah ibu pengantin lelaki)
Yang diraikan bakal mempelai, (nama penuh pasangan pengantin)
Yang berusaha (nama penuh jurunikah/ imam masjid …………… kariah …………)
Ahli keluarga, sanak saudara, serta para tetamu yang dirahmati Allah S.W.T. sekalian. Welcome to the wedding ceremony of (nama penuh pasangan pengantin).
I'm Adam, and I'm honoured to be your emcee for today. Before we start, let us start with the recitation of the Ummul Kitab. Al-fatihah.
(BACAAN AL-FATIHAH)
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu
Now I will pass the floor to Yang berusaha (nama penuh jurunikah/ imam masjid …………… kariah …………) for the akad nikah ceremony of (nama penuh pasangan pengantin). Dipersilakan.
(MAJLIS AKAD NIKAH AKAN DIPIMPIN SEPENUHNYA OLEH JURUNIKAH)
** Selesai acara akad nikah dan lain-lain urusan dokumentasi, baru emcee akan mengambil alih semula majlis setelah mendapat Q daripada coordinator
MasyaAllah and Alhamdulillah, by the grace of Allah, the lovely couple are now legally husband and wife. Congratulations to (nama panggilan pasangan pengantin).
Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berusaha Ustaz atas kesudian memimpin majlis akad nikah sebentar tadi. Now, we will take a short break for the groom to perform solat sunat kesyukuran.
(REHAT)
** Tunggu Q daripada Coordinator untuk acara selanjutnya
Ladies & gentleman, now it's time for the lovely newly-wed to exchange their rings and to hand over the mahar. Dipersilakan kepada (nama panggilan pengantin lelaki) mengambil tempat di pelamin untuk bersama-sama isteri tercinta, (nama panggilan pengantin perempuan).
(SESI PENYERAHAN MAS KAHWIN & MENYARUNG CINCIN)
(nama panggilan pasangan pengantin), the circle formed by these rings is a symbol of the love and commitment between the two of you. Semoga mahar dan cincin ini akan selalu mengingatkan anda berdua akan janji dan lafaz yang telah dipatri. Today, your family and friends are witnessing the most beautiful and meaningful moments.
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Hadirin sekalian, the next event is the photo sessions. I would like to invite the bride's family, and then we will proceed with the groom's family. Dan dengan itu sebagai permulaan dipersilakan kepada :
i. Keluarga pengantin P
ii. Keluarga pengantin L
(SESI BERGAMBAR KELUARGA)
** Coordinator bantu kawal majlis supaya tidak ada tetamu (bukan ahli keluarga) yang menyelit untuk bergambar
Baiklah, hadirin sekalian, selesai sesi bergambar bersama keluarga, dan kita teruskan acara selanjutnya dengan ucapan daripada pasangan pengantin baru, (nama panggilan pasangan pengantin).
(UCAPAN PENGANTIN)
Demikianlah tadi ucapan daripada pasangan pengantin baru. Seterusnya, kita akan teruskan acara dengan sesi memotong kek. I would like to (nama panggilan pasangan pengantin) to come forward for the cake cutting ceremony.
(PENGANTIN BERJALAN KE MEJA KEK)
Selesai sudah sesi memotong kek. Selanjutnya dipersilakan kepada (nama panggilan pasangan pengantin) untuk menuju ke meja utama bagi menikmati hidangan. And i am sure by now everyone must be pretty hungry, so without further waiting, let us have our refreshments and lunch now. Please enjoy the food.
(MAJLIS JAMUAN MAKAN TENGAHARI)
Hadirin sekalian, sambil-sambil kita menjamu selera, acara yang selanjutnya adalah sesi bergambar pasangan pengantin baru bersama para tetamu di pelamin. Dengan itu dipersilakan kepada, (nama panggilan pasangan pengantin) untuk mengambil semula tempat di pelamin.
Untuk para tetamu yang ingin bergambar, dipohon jika ada yang menggunakan smartphone hanya menggunakan satu sahaja dan dikongsikan melalui aplikasi whatsapp supaya perjalanan sesi bergambar ini tidak mengambil masa yang lama untuk setiap yang ingin bergambar.
(BERGAMBAR BERSAMA TETAMU)
Orang membelat di tepi pantai
Banyak dapat ikan tembakul
Yang kami hajat sudah tercapai
Yang kami doakan sudah terkabul
Hadirin sekalian, demikianlah tadi telahpun sempurna perjalanan Majlis Akad Nikah (nama penuh pasangan pengantin). Bersama-sama kita doakan agar mahligai yang dibina ini akan berkekalan selamanya dan pasangan pengantin baru dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Selesai meriah majlis acara
Perkara baik jadi pedoman
Andai ada terlanjur bicara
Salah silap harap dimaafkan
On behalf of the couple and their family, thank you once again for taking the time to join the couple and their family to celebrate this joyful union. I hope you have enjoyed your time here today. Thank you, stay safe and see you again!
Sekian, wabillahi taufik walhidayah… Wassalamualaiakum wbt.
Tempahan perkhidmatan Pengacara Majlis Emcee Kahwin 01162099363 untuk majlis perkahwinan dibuka sepanjang masa. Pelbagai pakej disediakan untuk disuaipadankan dengan bajet anda.
Emcee has extensive experience in conducting wedding ceremonies. A draft of the emcee's script is also prepared based on event itinerary, so that the event runs smoothly.
Jika anda memerlukan sesi raptai (rehersal), boleh add on dan harga boleh dirunding. Sesi raptai (rehersal) boleh diadakan pada hari biasa (weekdays), sama ada pada hari siang atau malam.
You also have the option to add-on Pa System or Karaoke rental, LCD Projector and Screen rental, to make your event even more exciting.
Kawasan liputan dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, hinggalah ke Negeri Sembilan dan Melaka. Untuk sekitar Lembah Klang tiada caj pengangkutan. Manakala bagi luar Lembah Klang akan dikenakan caj pengangkutan bergantung kepada jarak perjalanan ke lokasi majlis.
Call or whatsapp 01162099363 for package inquiries, to check date availability and also to make reservations.
We have talented bilingual emcee services available in Putrajaya, Kuala Lumpur and Selangor (Malay & English).
"MAJLIS ANDA KEUTAMAAN KAMI"
#sewapasystem #nikahsatu #pernikahan #emcee #deejay #resepsi #pasystem #pengantinbaru #akadnikah #majlisperkahwinan #persandingan #pasystemmurah #karaoke #sewakaraoke #emceekahwin #deejaykahwin #karaokekahwin #sewaanpasystem #pasystemkaraoke #kerjakahwin #kendurikahwin #perkahwinanmelayu #perkahwinan #melayu #kualalumpur #putrajaya #selangor #weddingemcee #emceewedding
sewa pa system, sewa karaoke, sewaan pa system, sewaan karaoke, kenduri kahwin, kerja kahwin, majlis perkahwinan, dewan perkahwinan, villa kahwin, villa wedding, perkahwinan, perkahwinan melayu, akad nikah, majlis resepsi, majlis persandingan, mahligai perkahwinan, deejay, emcee, deejay kahwin, emcee kahwin, pengacara majlis, host, wedding venue, wedding evenue, pa system murah, pa system kahwin, pa system perkahwinan, wedding emcee
0 Ulasan