Ad Code

RUANGAN UNTUK DISEWA - 01162099363

Koleksi Pantun Seloka Perkahwinan #2

Koleksi Pantun Seloka Perkahwinan #2


 

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Andai tersilap tutur bicara,
Jari disusun maaf dipinta.

 

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

 

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

 

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Berakhir sudah majlis kita,
Moga bersua tahun hadapan;
Andai ada tersasul kata,
Salah silap mohon dimaafkan.

 

Selesai meriah majlis acara,
Perkara baik jadi pedoman;
Andai ada terlanjur bicara,
Salah silap harap dimaafkan.

 

Tanam sirih dalam taman,
Gali lubang tepi perigi;
Terima kasih hadirin budiman,
Lain kali bersua lagi.

 

Daun selasih permainan budak,
Bunga melur berbau wangi;
Bertaut kasih bercerai tidak,
Panjang umur berjumpa lagi.

 

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

 

Jumpa dulang penuh berlian,
Rupanya mimpi di awal pagi;
Selamat pulang hadirin sekalian,
Panjang umur bertemu lagi.

 

Madah diungkap santun bitara,
Pantun dilantun mengusik hati;
Salah dan silap tutur bicara,
Pohon diampun seikhlas hati.

 

Melarik halus papan di Jawa,
Tersergam kukuh di gerbang batu;
Adat berjumpa terpisah jua,
Moga ketemu di lain waktu.


Terima kasih kepada mereka yang telah menghasilkan atau mengumpulkan teks pantun ini. Saya jumpa menerusi carian di Google. Insyaallah kita boleh guna bersama.


Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363:

https://wa.me/message/JK3EGAXDMQBYB1

 

Catat Ulasan

0 Ulasan

PROMISI 2024