Ad Code

RUANGAN UNTUK DISEWA - 01162099363

Tips! Jangan Pandang Remeh Tentang Make-Up Pengantin

gambar hanya hiasan



Betul, bila jadi perempuan memang akan didatangi dengan pelbagai kanta mata yang membuat si mata menjadi rambang. Lagi teruk perangai cerewat semakin menebal ketika menjelang hari penting iaitu majlis perkahwinan. Pada masa itulah anda ingin menyerlah sisi anda yang paling cantik, mengayakan busana pengantin mengikut citarasa fesyen anda dan paling penting ialah seri pengantin yang dipancarkan dari wajah.



Bila bercakap mengenai seri pengantin, perkara utama untuk kelihatan cantik, anggun, jelita dan sebagainya ialah solekan ketika majlis. Bagi anda yang sering ke majlis perkahwinan pasti anda sendiri boleh menilai pemilihan gaya solekan pengantin. Ada yang cantik sesuai dengan tema bajunya dan ada pula yang seperti mekap maskot. Serius tau! 



Para bakal pengantin sekalian, pastikan sekurang-kurangnya anda tahu tentang dunia solekan seperti trend solekan terkini dan study hasil kerja makeup artis yang bakal menyolek anda. 



Wanista sediakan tips untuk anda pilih dan belajar cepat tentang solekan pengantin. Baca tips ini sampai habis untuk selamatkan wedding anda! 



Buat anda yang dilema tentang pemilihan gaya solekan, untuk paling mudah pilih sahaja solekan jenis doll yang banyak menggunakan warna-warna lembut seperti merah jambu dan peach. Tak nak nampak keterlaluan cukup dengan pemilihan warna-warna tanah. Elakkan dari memilih warna lipstik seperti merah, maroon, oren atau ungu (kecuali bersesuaian dengan tema majlis). 



Teknik dan bentuk solekan juga wajib diambil kira. Dari pengalaman penulis sendiri, ada sesetengah dari rakan penulis mendapat solekan yang tenggelam akibat teknik shading atau contouring mak andam tidak menjadi. Contouring dibahagian hidung, tulang pipi terlalu tebal, gelap dan paling tragis kening. Sebab itu penting untuk kita kenal siapa bakal mak andam, tahu teknik dan rajinkan diri untuk tengok hasil kerja mereka sebelum ini.



Kini sudah memasuki tahun 2021, pastikan anda alert dengan trend solekan pengantin jangan masih lagi menggunakan highlight glitter silver sebagai pembayang mata dan bulu mata palsu ‘diva’. Itu zaman baru masuk 2000 sahaja, sekarang ramai dah pakai bulu mata palsu dari human hair yang lebih ringan, selesa dan tampak semulajadi. 



Ada juga bakal pengantin yang handal dalam dunia solekan atau sudah biasa bersolek sendiri. Tapi jangan buat hal untuk anda terlalu yakin ingin menyolek sendiri pada hari perkahwinan. Bukan apa, mungkin teknik dan hasil air tangan mak andam lebih menyerlahkan raut wajah anda. Memang anda pandai bersolek, tapi pernahkah anda bersolek seperti pengantin atau tahukah anda tentang teknik untuk makeup tahan lama? Cukuplah untuk anda menjadi raja sehari ketika itu, biar anda dilayan daripada anda stress. 



Pengaruh lain untuk solekan menjadi lebih cantik ialah rutin penjagaan wajah pengantin itu sendiri. Sebelum anda mengamuk foundation jadi bercapuk, lipstik tidak sampai 5 minit pakai sudah berkerak, cuba tepuk dada tanya selera. Apa usaha untuk anda nampak berseri secara dalaman? 



Pada anda yang tidak bersependapat dengan penulis ‘ah buat apa nak beria bersolek masa wedding?’ Well, Hello! Masa itu ramai tetamu akan datang terdiri daripada keluarga, sanak saudara, sahabat handai itu belum lagi musuh diam-diam anda. Mesti lah pengantin harus tampak lebih cantik dari mereka semua yang datang. Malu lah anda tetamu yang jauh lebih cantik solekannya. Ingat! 



Sumber: Wanista

Catat Ulasan

0 Ulasan

PROMISI 2024