Ad Code

RUANGAN UNTUK DISEWA - 01162099363

DILEMA PENYEDIA PERKHIDMATAN MAJLIS/ACARA





Selalunya penyedia perkhidmatan perkahwinan dan majlis/acara akan terima permintaan/ pertanyaan yang pelik-pelik dari pihak-pihak yang mencari perkhidmatan sebegini (bakal pengantin, keluarga pengantin, tukang survey harga, dll). Contohnya :

1. Boleh saya nak pelamin macam Yuna tapi saya bajet RM1000 saja?
2. Kalau saya nak deejay, pa system dan live band dengan bajet RM600 boleh?
3. Saya nak batalkan tempahan, boleh saya dapat refund?

Dan bermacam-macam lagi permintaan/ pertanyaan. Di sini kita berikan sedikit gambaran ya supaya semua mudah faham.

Seperti mana-mana perniagaan, penyedia perkhidmatan perkahwinan atau majlis/acara, mempunyai kos-kos tertentu yang perlu ditanggung. Waima, bil elektrik/telefon dan minyak/tol kenderaan tetap kena bayar.

Bila anda yang mencari perkhidmatan ini, dan kemudian memberikan kami harga dan permintaan yang mengarut, bolehkah kami diamkan saja?

Permintaan/ Pertanyaan no 1 dan no 2  di atas, walaupun anda rasa nilainya besar tetapi sebenarnya ia sangat kecil berbanding apa yang bakal kami nyatakan di sini.

Tahukah anda, kos pengangkutan saja sudan mencecah RM300-600 tertakluk kepada destinasi. Itu belum lagi upah untuk team kami dan selalunya tenaga kerja lebih dari 3 orang. Dan sepertimana lain-lain perniagaan, kami juga perlukan pendapatan dan keuntungan. Adakah sebegitu rupa anda menilaikan penat lelah dan tenaga kerja kami?

Apakah sudah menjadi kelaziman di Malaysia (mungkin), meminta sesuatu yang boleh memenuhi kehendak sendiri? Bezakan antara keperluan dan kehendak. Setiap kehendak itu akan melibatkan anda perlu mengeluarkan sesuatu yang lebih dari kebiasaan untuk mencapainya. Seperti anda membeli/ membina rumah, berbeza membeli/membina dengan berharga RM50ribu dan RM500ribu. Anda seharusnya sudah tahu tentang perkara itu.

Manakala untuk soalan no 3, kita bayangkan anda hendak membeli rumah atau kereta, boleh anda membatalkan tempahan sewenang-wenangnya? Adakah anda akan dapat kembali deposit tersebit jika membatalkannya dengan begiti saja?

Demikian juga untuk tempahan dan deposit yang dibayar untuk anda locked tarikh kami. Sudah tentu kami telah lapangkan masa kami pada tarikh tersebut. Malah kami juga telah menolak tempahan lain yang datang jika ada yang bertanya apabila telah ada yang membuat bayaran deposit sebagai tanda pengesahan tempahan.

Jadi, kerana itulah kami tidak akan memulangkan deposit. Anda meminta komitmen kami untuk majlis anda, tetapi anda memungkirinya pula dengan mahu membatalkannya dengan sewenang-wenangnya.

Diharap perkongsian ini dapat difahami dan disebarkan. Supaya tidak ada pihak-pihak yang melayan kami seperti kami makan pasir sahaja setiap hari atau tidak mempunyai perbelanjaan untuk disara.

Terima kasih pada semua yang sudi membaca dan berkongsi tulisan ini.


Catat Ulasan

0 Ulasan

PROMISI 2024