PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN MAJLIS PERKAHWINAN DI MALAYSIA



Majlis Perkahwinan adalah majlis atau perayaan yang diadakan oleh keluarga untuk meraikan pasangan yang baru berkahwin. Lazimnya majlis tersebut diadakan oleh pihak perempuan, sejurus selepas majlis pernikahan atau beberapa hari selepas tarikh pernikahan. Manakala majlis bertandang pula adalah majlis perkahwinan yang diadakan oleh pihak lelaki untuk menyambut ketibaan menantu. Secara tradisinya begitulah ianya dilaksanakan.


Namun dewasa ini, majlis perkahwinan turut diadakan secara serentak oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan ada juga yang hanya membuat majlis kecil-kecilan (intimate wedding) yang khusus untuk keluarga dan kenalan terdekat sahaja. Ia bergantung sepenuhnya kepada perancangan keluarga dan pasangan pengantin baru itu sendiri.


Majlis perkanhwinan pada zaman sekarang lebih menjurus kepada majlis resepsi (jamuan makan) sahaja. Tidak ada lagi aktiviti bersanding yang diserikan dengan pelbagai adat budaya masyarakat melayu. Tidak ada lagi sesi merenjis air mawar dan bertukar persalinan. Memadai diadakan salam restu bersama keluarga terdekat dan masa yang ada dipenuhi dengan sesi bergambar dengan para tetamu yang hadir. Ini kerana jika perlu menukar persalinan, akan mengambil begitu banyak masa untuk bersiap sahaja.


Sekalipun sesi merenjis sudah tidak dilaksanakan, namun amalan memberikan bunga telur masih lagi diteruskan terutama kepada mereka yang terlibat dengan salam restu. Ataupun bunga telur masih dijadikan perhiasan di pelamin.


Penggunaan pengapit juga kini sangat terhad. Kecuali tugasnya untuk touch up make up dan mengelap peluh pengantin baru. Maklumlah keadaan cuaca tidak menentu. Pengapit tidak lagi berdiri di sebelah pengantin, sebaliknya pengapit akan berada di bahagian tepi dan bersedia apabila diperlukan. Mungkin juga kerana ada jurufoto yang meminta pengapit ketepi apabila diadakan sesi bergambar. Maka peranan pengapit dikecilkan.


Namun perubahan yang begitu baik yang dapat dilihat adalah, majlis pada masa kini dilihat lebih teratur dan tertib. Apabila semakin ramai yang mahu menggunakan emcee berbanding deejay. Mungkin majlis-majlis di kawasan perumahan atau kampung, masih menggunakan khidmat deejay. Tapi dengan adanya dewan-dewan perkahwinan  yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, semakin ramai yang lebih mahukan emcee untuk mengendalikan majlis mereka.


Ada juga perkara-perkara lain yang dulunya tidak ada, tetapi sudah mula ditawarkan oleh para pembekal perkhidmatan yang berkaitan dengan perkahwinan. Antaranya photobooth, audio guestbook dan juga 360 photo. Dari segi hidangan pula, jika ada bajet tertentu, selain hidangan lazim, keluarga mahupun pasangan pengantin turut membuat tempahan apam balik, cendol, kofi kisar dan airskim.


Apa pun, majlis perkahwinan adalah tradisi turun-temurun yang masih diamalkan oleh masyarakat melayu, namun suntikan elemen moden (pengaruh perkahwinan barat) juga mula diadaptasi ke dalam majlis perkahwinan di Malaysia. Antaranya, semasa majlis akad nikah dari segi susun atur kedudukan kerusi. Serta semasa pengantin berjalan masuk menuju ke pelamin untuk bersanding, iringan lagu romantis pasti menjadi pilihan.


Kami di EmceeKahwin.Com amat peka dengan perubahan dan perkembangan yang berlaku dalam penganjuran majlis perkahwinan di Malaysia. Malah kami juga banyak terlibat dalam mengendalikan majlis perkahwinan campur (melayu & cina). Dengan sebegitu banyak pengalaman yang ada, pastinya kami akan berikan yang terbaik untuk majlis anda kelak.


Sekiranya berminat menggunakan perkhidmatan Emcee daripada Emcee Adam, sila hubungi 011-62099363. Tidak kira majlis anda diadakan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pulau Pinang mahupun Pahang. Kami bersedia untuk mengacarakan majlis anda.


Semoga kita dapat bekerjasama dalam menjayakan majlis yang akan anda adakan kelak.





"Majlis Anda Keutamaan Kami"

Emcee Adam 01162099363

Emcee Kahwin Pilihan Ramai

Emcee Majlis Kahwin Terlajak Laris

Pengacara Majlis Perkahwinan & Korporat


Profesional | Versatile | Mantap | Berkualiti

0 Ulasan

RAKAMAN VIDEO

PROMOSI EMCEE KAHWIN