Khamis, Julai 01, 2021

PEMBATALAN TEMPAHAN DAN PEMULANGAN DEPOSIT 50%

PEMBATALAN TEMPAHAN DAN PEMULANGAN DEPOSIT 50%


Untuk pelanggan kami, insyaallah kami faham jika ada yang nak batalkan tempahan akibat pandemik covid. Namun begitu, kami hanya boleh pulangkan deposit 50% sahaja. Itu adalah pertimbangan kami. Namun jika ada yang tidak berpuashati boleh buat aduan kepada Pusat Mediasi Covid19.

Sepertimana anda melihat kerugian anda kerana tidak jadi buat majlis dan tidak dapat sepenuhnya wang deposit, maka seperti itulah jua situasi kami yang kehilangan pendapatan sejak PKP ini dilaksanakanTolong elakkan gunakan perkataan tidak halalkan dan sebagainya. Dipohon sesekali tidak menyatakan kami ni seumpama makan duit haram dengan istilah tidak halal tersebut.

Kami tidak pernah sama sekali memaksa anda membuat tempahan dengan kami, apatah lagi negara dalam situasi tak menentu akibat pandemik Covid. Anda pastinya telah maklum bahawa majlis sosial telah beberapa kali ditangguhkan, dan ianya bukanlah baru pertama kali berlaku. Risiko penangguhan majlis memang sentiasa ada.

Atas sebab itu, lazimnya kami syorkan tangguhkan majlis. Tetapi jika pihak anda memilih untuk membatalkan jua majlis, maka ketika itu kita perlulah sama-sama berfikir secara matang akan kesan kerugian yang akan masing-masing tanggungi.
Atas sebab itulah kami mempertimbangkan pemulangan deposit 50%. Sekalipun kami berada dalam kehilangan pendapatan akibat pandemik, tetapi kami masih mempunyai pertimbangan yang waras untuk kebaikan bersama.

Kami mohon maaf atas penulisan ini, tidak ditujukan kepada semua pelanggan kami. Cuma apabila ada yang tidak berfikir panjang dengan menulis bab halal haram ini, maka kami perlu menulis perkara ini jua.

Maaf jua jika tersalah tutur bicara dan jika ada yang terasa dengan penulisan ini.
Sekiranya ada di antara pelanggan kami ingin membatalkan tempahan, maka boleh whatsapp kami untuk urusan selanjutnya. 

Pemulangan deposit 50% ini untuk yang terkesan majlis tidak dapat dilaksanakan akibat larangan majlis sosial ketika PKP dan pelanggan memilih untuk membatalkan tempahan kerana tidak mahu membuat majlis lagi. Manakala bagi kes selain itu, terma dan syarat yang telah dinyatakan sebelum ini adalah terpakai. Kami tidak benarkan pembatalan tempahan. Dan tiada pemulangan deposit jika tempahan dibatalkan bukan akibat pelaksanaan PKP.

Jika pemulangan 50% ini menjadi pertikaian, maka kami nasihatkan untuk buat aduan kepada Pusat Mediasi Covid19. Insyaallah, kita akan dapat penyelesaian terbaik.

Wallahualam.
Emcee Adam 01162099363

NotaKaki : Dilampirkan kenyataan media berkenaan Pusat Mediasi Covid19 untuk rujukan jua.


 

0 Comments:

Catat Ulasan

FOLLOW KAMI

Instagram Facebook

Jumlah Pelawat

Intro

EMCEEKAHWIN.COM merupakan sebuah perniagaan 100% milik melayu muslim yang menjalankan perniagaan perkhidmatan emcee (pengacara majlis), sewaan pa system dan karaoke untuk sebarang majlis, acara dan program. Kami boleh menyediakan sewaan peralatan untuk small dan medium event dengan kapasiti pengunjung atau tetamu antara 50pax hingga 1000pax dalam satu-satu masa.

Youtube

RAKAMAN SUARA DEEJAY/EMCEE KAMI SEMASA MENJALANKAN TUGAS DI MAJLIS PERKAHWINAN

Kerap Dibaca

Copyright © EMCEEKAHWIN.COM | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com