Apa itu 50% keluasan?


Nak ukur memang payah. Tapi kalau guna katerer yang merangkumi pakej pramusaji @ kerusi meja, lazimya 1 meja akan disusun 4 kerusi sahaja (bagi standard meja 8 orang). Kalau standard meja 10 orang, maka kerusi akan disusun 5 sahaja. 


As long ada penjarakan antara tetamu. Problem biasanya, tetamu main tarik kerusi sebab nak duduk ramai². So, kena lantik "ketua majlis" untuk tegur tetamu jika perlu.


Buat laluan masuk dan keluar. Buat juga laluan nak ambil makanan di meja buffet. Jangan bersesak².


Kena sediakan kerusi lebih. Sebab jika tetamu masih ramai dalam dewan/canopy, yang lain kena menunggu. Ni paling penting masa pengantin tiba dan bersanding. Memang tak ada yang nak keluar/meninggalkan meja.


Buat QR Code MySejahtera siap². Login MySejahtera thru google chrome untuk create QR Code. Lepas tu cetak dua tiga keping.


Sediakan juga buku daftar tetamu incase mereka tak nak scan (sepatutnya wajib scan).


Hand sanitizer dan face mask sediakan. Ya, nanti ada saja yang lupa bawa.


Last sekali, patuhi 30 minit masa maksimum setiap tetamu. Ni memang sangat jarang dipatuhi termasuk satu meja 4 orang.


Majlis dalam dewan dan guna canopy sangat jauh perbezaannya. Biasanya dewan memang luas, tak ada masalah nak susun kerusi meja.


Tapi kalau guma canopy, empat canopy memamg tak cukup. Sebab satu canopy muat 4 hingga 8 meja saja, bergantung saiz canopy. So kalau 4 meja darab 4 orang, baru 16 orang sahaja untuk 1 canopy. Means 4 canopy baru 64 orang sahaja.


Sebab itu, the best guna enam canopy jika ada bajet yang lebih. Pelamin pun nak pakak canopy juga. Meja buffet pun sama nak pakai canopy sama.


Abam boleh share saja. Selebihnya pihak pengantin/keluarga kena aturkan ikut kesesuaian.


Faham ke Faham?


Share la info ni jika bermanfaat. 


https://wasap.my/601162099363