Menghidupkan Majlis Anda Dengan Penuh Gaya & Karisma

Pengacara majlis profesional untuk majlis perkahwinan yang tertib dan teratur, acara korporat yang berprotokol dan eksklusif, serta sebarang majlis dan acara yang diadakan secara formal atau semi formal. Lengkap dengan Coordinator yang berpengalaman dan peralatan PA System yang berkualiti.

Tentang Emcee Adam

Bukan sekadar memegang mikrofon, tetapi memastikan majlis anda lebih hidup dan diingati.

Lebih Daripada Pengacara, Saya Adalah Rakan Pengemudi Majlis Anda

Setiap majlis besar mempunyai jiwa dan cerita tersendiri. Sebagai pengacara anda, misi utama saya bukan sekadar membaca skrip di atas pentas, tetapi memastikan emosi tetamu terpaut, protokol berjalan lancar tanpa sebarang cacat cela, dan pihak penganjur dapat menarik nafas lega.

Dengan pengalaman mengendalikan pelbagai skala acara—daripada resepsi perkahwinan eksklusif yang penuh emosi romantis sehinggalah malam gala korporat yang penuh ketegasan VVIP—saya membawakan kombinasi tenaga bersahaja, suara berwibawa, serta kawalan masa yang ampuh.

Intonasi Suara Penuh Kelembutan
Pakar Urus Majlis Berprotokol
Kawalan Suasana Interaktif
Tenang Mengendalikan Majlis

Jangan biarkan majlis impian anda menjadi kaku atau hambar. Biar saya bantu jadikan hari istimewa anda sebuah momen magis yang dihujani pujian daripada semua tetamu yang hadir.

Runding Bersama Emcee Adam
Emcee Profesional

Servis Ditawarkan

Pilihan pengacaraan untuk pelbagai jenis skala acara.

Majlis Perkahwinan

Menyerikan hari bahagia anda dengan pengacaraan yang romantis, ceria, dan lancar dari mula hingga akhir.

Acara Korporat

Gaya penyampaian korporat yang berwibawa, profesional, dan menepati protokol majlis rasmi syarikat.

Voice Over

Suara latar yang memukau dan menghidupkan malam anugerah atau persembahan pentas.

Pilihan Pakej Majlis

Pakej fleksibel yang dirangka khas untuk keselesaan dan kelancaran acara anda.

EMCEE / HOST

Fokus kepada pengacaraan pentas dan interaksi bersama tetamu.

  • Emcee Berbahasa Melayu Profesional
  • Bimbingan Atur Cara Majlis
  • Kawalan Masa & Suasana Majlis
  • Termasuk Sesi Meetup & Rehearsal
  • Bacaan Doa Turut dDsediakan
  • Tidak Termasuk Event Coordinator
  • Tidak Termasuk PA System
Pilih Pakej Ini

EMCEE + COORDINATOR + PA SYSTEM

Pakej lengkap All-In-One tanpa perlu pening kepala mencari vendor lain.

  • Emcee Berbahasa Melayu Profesional
  • Koordinator Majlis Berpengalaman
  • Set PA System Berkualiti Tinggi & Soundman
  • Wireless Mic & Powered Speaker
  • Termasuk Sesi Meetup & Rehearsal
  • Bacaan Doa Turut Disediakan
  • Ketenangan Penuh (Hadir & Majlis Terus Lancar)
Pilih Pakej Ini

Pilihan Audio Visual

Pakej fleksibel yang dirangka khas untuk keselesaan dan kelancaran acara anda.

SMART TV

Paparan lebih jelas dengan kualiti UHD 4K untuk pembentangan, mesyuarat mahupun majlis perkahwinan.

  • Smart TV 55 Inch
  • HDMI Cables 10 Meter
  • TV Stand (Movabale)
  • Tayangan Video / Slide
  • Penghantaran & Pemasangan
Pilih Pakej Ini

LED TV

Pelbagai saiz LED TV untuk kegunaan pelbagai jenis majlis dan acara.

  • LED TV 40 - 50 Inch
  • HDMI Cables 10 Meter
  • TV Stand (Movabale)
  • Tayangan Video / Slide
  • Penghantaran & Pemasangan
Pilih Pakej Ini

Perkongsian Blog

Artikel, petua, dan pengalaman seputar dunia pengacaraan majlis.

Doa Majlis Perkahwinan

Sabtu, November 14, 2020

 


DOA MAJLIS PERKAHWINAN

 ............ 

NAMA PASANGAN PENGANTIN
___________________________

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami.


Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami di atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka (NAMA PASANGAN PENGANTIN)


اَللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ يَا ذَاالْجُوْدِ وَاْلكَرَمِ
Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah pada setiap masa.


اَللَّهُمَّ يَا بَدِيْعَ السَّمـوَاتِِِ وَالأَرْضِ

Berkat keagungan-Mu dan sifat Rahim-Mu Ya Allah, kami memohon agar peliharakanlah kami dari malapetaka dan mara bahaya. Daripada Sifat Buruk Manusia Yang Berniat Serong serta jauhilah kami dari segala keburukan yang akan menimpa sama ada berupa peringatan mahupun ujian yang tidak dapat diduga. Jika ia berupa ujian, maka kurniakanlah kepada kami ketabahan dan kesabaran. Jika ia berupa peringatan maka ampunilah kami sebelum ia mendatang. Ya Allah, kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan dan memeriahkan majlis yang diberkati ini.

اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَتَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَمَحْرُوْمًا يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.




Kembali ke Utama

Maklum Balas & WhatsApp Klien

Bukti kepuasan klien sebenar yang dihantar terus melalui WhatsApp.

Hubungi Emcee Adam

Semak kekosongan tarikh majlis anda hari ini.

Jom Berbincang

Ada sebarang pertanyaan mengenai pakej atau ingin menyemak ketersediaan jadual? Hubungi saya segera melalui saluran di bawah.

+60 11-6209 9363 (Klik WhatsApp)
Kawasan bersedia bergerak ke lokasi anda (willing to travel).
Tiada caj pengangkutan bagi sekitar kawasan Lembah Klang.